Sunday 11 December 2011

Set 1 - Bahagian A

Bina lima ayat lengkap berdasarkan gambar.






1.

2.

3.

4.

5.

Formula bagi menjawab soalan Bahasa Melayu Penulisan

Formula Bahagian C
Bil
Nilai Murni/Pengajaran/ Amalan baik
Huraian
1
Haqem – adil
Tidak berat sebelah dan tidak memihak kepada sesiapa.
2
Shofiah - baik hati
Pemurah, menolong orang, menderma dan sebagainya.
3
Khuzaimah - bekerjasama
Bersama-sama melakukan sesuatu tugasan atau kerja, tolong-menolong
4
Danial – berani
Menyelamatkan orang atau binatang, melaporkan perkara yang tidak baik kepada pihak tertentu dan menyahut cabaran yang positif.
5
Farah - berbudi bahasa
Elok tingkah laku dan pertuturannya
6
Aisha - berdisiplin
Mematuhi segala peraturan atau undang-undang yang telah ditetapkan.
7
Fatin - berjimat cermat
Berhemat ketika berbelanja, menyimpan wang, membawa bekal
8
Tantawi -bertanggungjawab
Melakukan tugas harian yang diamanahkan
9
Fazillah- gigih/ tekun
Berusaha bersungguh-sungguh.
10
Huwaida – ikhlas
Menolong orang tanpa mengharapkan balasan atau upah atau hadiah
11
Taufik – insaf
Bertaubat, tidak mengulangi lagi perbuatan keji, kesalahan atau kesilapan
12
Suhaila - jujur/ amanah
Bercakap benar , menyimpan/ memulangkan barang  orang
13
Atiqah - kasih sayang
Menyayangi orang lain atau haiwan
14
Aida - menepati janji
Tidak mungkir janji.
15
Asyikin – menghargai
Mengingati jasa atau pertolongan orang, berterima kasih
16
Hanif - menghargai masa
Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah
17
Amar – prihatin
Sensitif terhadap sesuatu perkara atau isu atau mempunyai rasa ingin tahu.
18
Putri – rajin
Menolong orang , menyiapkan kerja sekolahdan sebagainya.
19
Asilah – rasional
Boleh menerima suatu keputusan atau membuat keputusan.
20
Ishvin - rendah diri
Tidak bersikap sombong setelah berjaya atau sekiranya mempunyai kelebihan.
21
Nurizza – sabar
Tidak mudah marah, tabah menghadapi dugaan atau tidak tergesa-gesa.
22
Amira - sopan santun
Berkelakuan elok atau menghormati sesiapa sahaja.
23
Rabiatul – syukur
Cukup dengan apa yang ada, berterima kasih
24
Aidil - taat / patuh
Patuh kepada perintah Allah/ mendengar arahan ibu bapa, guru, ketua
25
Izzati – tabah
Menghadapi dugaan dengan redha dan hati terbuka.
26
Aini – yakin
Percaya boleh melakukan sesuatu tugas atau percaya kepada diri sendiri.
27
Siti Aishah – menepati masa
Melakukan sesuatu mengikuti jangka waktu yang ditetapkan

PWANIH

PWA- Penanda Wacana
A – Antara,                                                                                        
S – Selain itu,                                                                                     
S – Seterusnya,                                                                                  
D – Di samping itu,                                                                            
A – Akhir sekali,  
NI - Nilai 
H - Huraian
                                                                           
                                                                                                       
Formula membina karangan Bahagian B

MAS BBD

M – Mengapa
A – Apa
S – Siapa
B – Bila
B – Bagaimana
D – Di mana


INGAT ! Perlu ada 5 / 6 perenggan.
  • Pendahuluan, 1 isi + huraian  ( 3 / 4 perenggan ), penutup.
  • UMUM
M
A
S
B
B
D
/
/
/
/
/
/
  • KHUSUS
M
A
S
B
B
D
X
/
X
X
X
X

Formula membina ayat bahagian A
S – Siapa
A – Aktiviti
L – Lokasi
A – Alatan
M – Masa / Mengapa

Friday 4 November 2011

BAHAGIAN C – 20 MARKAH MASA DICADANGKAN 15 MINIT (Set 2)

SET 2

BAHAGIAN C – 20 MARKAH
MASA DICADANGKAN 15 MINIT


Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Linggam           : Ah Seng, kamu pergikah ke rumah Aidil sempena hari lahirnya ?
Ah Seng           : Saya belum membeli hadiah lagi tetapi kita mesti menghadiahkan sesuatu sebagai
  tanda seorang rakan.
Linggam           : Saya ingin membelikannya alat-alat melukis. Dia gemar melukis.
Ah Seng           : Linggam, saya rasa lebih baik kita berkongsi wang untuk membelinya. Kita boleh  
              membeli hadiah yang lebih berkualiti.
Linggam           : Saya setuju tetapi saya tidak mempunyai wang yang begitu banyak.
Ah Seng           : Tidak mengapa, saya boleh tambah jika kurang.
Linggam           : kamu sungguh baik hati, Ah Seng.
Ah Seng           : Oh, tidak mengapa! Itu hanya perkara kecil sahaja.
Linggam           : Jika begitu, marilah kita pergi ke kedai untuk membeli hadiah itu.
Ah Seng           : Sebentar ya, saya mesti memberitahu ibu saya terlebih dahulu.
Linggam           : Baiklah.

Jawapan

            Antara nilai murni berdasarkan petikan ialah kita mestilah mempunyai sifat ______________ dengan ___________________________________________. Selain itu, kita hendaklah ___________________________ dengan cara berkongsi wang untuk membeli hadiah rakan. Seterusnya, kita mestilah _____________________________ supaya kita juga turut dihargai. Di samping itu, kita juga mestilah mempunyai sikap _________________________________ untuk kebaikan kita bersama. Akhir sekali, kita hendaklah _______________________________________ sebagai tanda anak yang baik.

BAHAGIAN C – 20 MARKAH MASA DICADANGKAN 15 MINIT (Set 1)

SET 1

BAHAGIAN C – 20 MARKAH
MASA DICADANGKAN 15 MINIT


Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.


            Loceng sekolah berbunyi menandakan tamat sesi persekolahan. Era dan Iqin segera mengemaskan barang-barang mereka. Sebelum keluar dari kelas, Era dan Iqin bersalaman dengan guru. Mereka berjalan pulang ke rumah. Tiba-tiba mereka lihat sebuah dompet tercicir di tepi jalan.

            Iqin segera mengambil dompet itu. Mereka berdua terperanjat apabila mendapati terdapat wang yang berjumlah RM200. Era ingin mengambil wang tersebut. Iqin menasihati Era supaya tidak mengambilnya. kerana itu sikap yang tidak baik.
           
            Era berasa malu dan memohon maaf. Akhirnya mereka mengambik keputusan untuk menyerahkan dompet itu kepada guru besar. Guru besar mengucapkan syabas atas tindakan yang mereka lakukan. Rupa-rupanya dompet itu kepunyaan Cikgu Saifudin. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Era dan Iqin.


Jawapan

            Antara pengajaran berdasarkan petikan ialah kita mestilah sentiasa _______________ barang-barang keperluan kita dengan ___________________________________ dan menyimpannya selepas digunakan. Selain itu, kita hendaklah ____________________________ guru dengan cara _____________________________ sebelum pulang. Seterusnya, kita mestilah _________________________________ rakan kita supaya tidak ____________________ barang orang lain. Di samping itu, kita hendaklah _______________ dan meminta ____________________ atas kesilapan yang kita lakukan. Akhir sekali, kita mestilah ____________________________ pertolongan orang dengan mengucapkan _________________________________________.